Tindakan dibuat tak hormat fatwa, kata Harussani

Kenyataan Harussani yang dikeluarkan menerusi Facebook Jabatan Mufti Perak hari ini.
Kenyataan Harussani yang dikeluarkan menerusi Facebook Jabatan Mufti Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Tindakan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini yang menjemput penulis kontroversi, Astora Jabat bagi menyampaikan ucapan dalam sebuah program ditegur Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Beliau berkata, jemputan itu satu tindakan tidak teliti dan menunjukkan sikap tidak menghormati institusi fatwa yang telah mengeluarkan keputusan terhadap penulisan individu itu berkenaan azab kubur.

Menurutnya, menerusi warta kerajaan bertarikh 29 Julai 2004, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke 161 pada 17 Disember 2003 telah bersetuju bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari al-Quran dan sunah serta ijmak ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam.

"Saya difahamkan beliau masih mengutarakan pandangan yang mengelirukan berteraskan logika akal semata-mata dan menyeru kepada pemikiran terbuka di khalayak umum termasuk pelajar yang masih tidak mempunyai asas ilmu kukuh.

"Dengan ini saya menzahirkan kekesalan ke atas pihak-pihak yang menjemput Astora kerana tindakan itu lebih menghasilkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat daripada manfaat ilmu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harussani berkata, pernyataan dan agrumentasi terbuka dibuat Astora berkenaan seksaan kubur tidak menggambarkan keadilan ALLAH dan ulama mazhablah yang mencipta hukum.

"Menjadikan Islam yang sulit dan sempit, hukum haram dan halal yang disebut dalam al-Quran sahaja adalah cukup dan memadai tanpa perlu kepada hukum-hukum yang dihasilkan ulama merupakan sesuatu yang tidak dapat disebar luaskan dalam kalangan masyarakat di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan: