'Datang rayu kurang kompaun, tidak digantung lesen'

Khairul Anwar (kiri) menunjukkan kondisi kenderaan pekerja yang disita dalam Ops Kesan selama dua hari bermula semalam di Putrajaya.
Khairul Anwar (kiri) menunjukkan kondisi kenderaan pekerja yang disita dalam Ops Kesan selama dua hari bermula semalam di Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemilik kenderaan yang disita sanggup merayu mengurangkan kompaun dan tidak digantung lesen selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita kenderaan pekerja mereka.

JPJ melalui Ops Kesan selama dua hari bermula jam 4 petang semalam menyita 12 kenderaan pekerja membabitkan 11 bas dan sebuah van persendirian.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Putrajaya, Khairul Anwar Bachok berkata, pemeriksaan mendapati lesen tiga kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans, lapan kenderaan dipandu pemandu tanpa lesen serta sebuah lagi tiada lesen pengendali.

"Sebanyak 59 notis dikeluarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 antaranya lesen kenderaan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu, tiada lesen vokasional (PSV), menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta kesalahan teknikal.

Khairul Anwar (kanan) menunjukkan kondisi kenderaan pekerja yang disita dalam Ops Kesan selama dua hari bermula semalam di Putrajaya.
Khairul Anwar (kanan) menunjukkan kondisi kenderaan pekerja yang disita dalam Ops Kesan selama dua hari bermula semalam di Putrajaya.

"Bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 pula, 26 notis dikeluarkan kerana beroperasi di luar kawasan, lesen pengendali tamat tempoh dan gagal mengemukakan lesen pengendali, permit kenderaan serta permit perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan akan diteruskan di beberapa kawasan lain.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan tegas bukan sahaja dikenakan terhadap pemandu malah pemilik juga berdepan undang-undang.

"Ada pemilik datang kepada kita (JPJ) merayu tidak digantung lesen, meminta dikurangkan kompaun dan lain-lain tapi kita bertegas kerana keselamatan lebih penting," katanya.

Keadaan tayar yang botak antara kesalahan yang dikesan dalam Ops Kesan di Putrajaya.
Keadaan tayar yang botak antara kesalahan yang dikesan dalam Ops Kesan di Putrajaya.