Anak muncul di skrin penyampai AS semasa siaran langsung

Anak penyampai berita NBC News, Courtney Kube muncul di skrin di sebelahnya semasa siaran langsung.- FOTO: Twitter MSNBC
Anak penyampai berita NBC News, Courtney Kube muncul di skrin di sebelahnya semasa siaran langsung.- FOTO: Twitter MSNBC
A
A
A

PENTAGON - Momen melucukan semasa siaran langsung. Itulah yang dilalui penyampai berita Amerika Syarikat (AS) bagi NBC News, Courtney Kube apabila anak lelakinya muncul di skrin di sebelahnya semasa siaran langsung.

Kube tidak dapat menahan ketawa apabila Ryan yang berusia empat tahun 'menyerang' di set itu semalam.

Video itu dikongsikan oleh Twitter MSNBC dengan kapsyen.

"Kadang-kadang perkara yang tidak dijangka berlaku semasa anda melaporkan berita," katanya.

Anak kecilnya itu dilihat cuba menarik perhatiannya termasuk cuba menarik tangannya.

Courtney Kube dilihat cuba 'menolak' anaknya dari muncul di skrin di sebelahnya semasa siaran langsung.- FOTO: Twitter MSNBC
Courtney Kube dilihat cuba 'menolak' anaknya dari muncul di skrin di sebelahnya semasa siaran langsung.- FOTO: Twitter MSNBC

Walaupun Courtney faham bahawa anaknya berada di sebelahnya, dia cuba menyampaikan berita dan sempat memohon maaf atas insiden itu.

"Kebimbangan mereka ialah mereka ingin memiliki Kurdish... Maafkan saya, anak saya ada di sini, siaran langsung televisyen," kata Courtney sebelum saluran itu dipotong kepada grafik.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian berjaya meneruskan laporannya mengenai situasi Turki-Syria yang serius yang berlaku di Timur Tengah.

Video itu telah dikongsi lebih 9,400 kali dan telah memperoleh 44,000 suka sejak ia dimuat naik semalam.

Sementara itu bahagian komen dibanjiri dengan kata-kata dan pujian kepada saluran berita itu kerana membenarkan ibu yang bekerja membawa anak. - Agensi