Ajal langgar belakang penggelek jalan

Keadaan kereta Proton Saga mangsa yang remuk selepas dipercayai terlanggar belakang penggelek jalan, di Jalan Jenang-Wakaf Tapai, Marang, semalam. - Gambar ihsan Polis Daerah Marang Gambar kecil:Mohd Zain
Keadaan kereta Proton Saga mangsa yang remuk selepas dipercayai terlanggar belakang penggelek jalan, di Jalan Jenang-Wakaf Tapai, Marang, semalam. - Gambar ihsan Polis Daerah Marang Gambar kecil:Mohd Zain
A
A
A

MARANG- Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandu dipercayai terlanggar belakang sebuah penggelek jalan dalam kejadian di Jalan Jenang-Wakaf Tapai, Kampung Jenang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam, mangsa, Mat Adam Embong, 72, dari Kampung Padang Surau Haji Yaakob meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata ketika kejadian mangsa memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Jenang ke tempat pembaikan jalan di Jalan Jenang- Wakaf Tapai.

"Apabila tiba di lokasi mangsa dipercayai terlanggar belakang penggelek jalan yang datang dari arah sama.

"Akibat pelanggaran yang kuat mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Zain memberitahu, pemandu penggelek jalan, Azli Harun, 56, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Artikel Berkaitan: