Penganggur dituduh menyamar penguat kuasa MPS

Mohd Firdaus didakwa atas petuduhan pecah amanah dan menyamar sebagai penguat kuasa MPS.
Mohd Firdaus didakwa atas petuduhan pecah amanah dan menyamar sebagai penguat kuasa MPS.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Mei lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Firdaus Zahari, 31, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret V Vanita selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, Mohd Firdaus menyamar sebagai pegawai penguat kuasa pelesenan MPS kepada Mohd Najib Mohd Nor, 32 di bangunan MPS di Forest Height kira-kira jam 10 pagi pada 10 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 24 Oktober ini.

Mohd Firdaus turut berdepan pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen membabitkan wang tunai RM3,320 terhadap mangsa dan tarikh sama kira-kira jam 4.30 petang di Bank Simpanan Nasional Cawangan Senawang.

Bagi kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat serta denda.

Peguam, A Parthiban merayu anak guamnya diberikan jaminan rendah kerana bapanya hanya bekerja sebagai pemandu lori pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pendapatan RM1,000 serta perlu menanggung empat anak.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dan turut menetapkan 8 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.