Suami isteri dicekup mencuri di pasar raya

Pasangan suami isteri ini direman empat hari untuk siasatan lanjut kerana disyaki mencuri pelbagai barangan bayi milik sebuah pasar raya di sini semalam.
Pasangan suami isteri ini direman empat hari untuk siasatan lanjut kerana disyaki mencuri pelbagai barangan bayi milik sebuah pasar raya di sini semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mencuri pelbagai barangan kelengkapan bayi termasuk susu tepung di sebuah pasar raya di sini semalam.

Pasangan yang masing-masing berusia 33 dan 25 tahun itu diberkas pengawal keselamatan pasar raya terbabit bersama barangan yang dicuri.

Menurut sumber, pasangan itu kemudiannya diserahkan kepada polis kira-kira jam 11 malam.

"Siasatan mendapati pada mulanya suspek wanita ditahan selepas dikesan keluar dari pasar raya tersebut tanpa membuat bayaran di kaunter sebelum menahan suspek lelaki yang berada di belakang.

"Pemeriksaan mendapati sebanyak 28 barangan termasuk susu tepung bayi, tuala mandi serta barangan mainan yang tidak dibayar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber berkenaan memberitahu, kedua-dua suspek yang mempunyai dua anak itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Kuala Terengganu, Noradila Ab Latif membenarkan mereka ditahan reman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Artikel Berkaitan: