Menteri Keselamatan Indonesia cedera ditikam

Menteri Keselamatan Indonesia, Wiranto (dua dari kiri) cuba mengelak tikaman seorang lelaki yang meluru ke arahnya.
Menteri Keselamatan Indonesia, Wiranto (dua dari kiri) cuba mengelak tikaman seorang lelaki yang meluru ke arahnya.
A
A
A

JAKARTA - Menteri Koordinasi Politik, Perundangan dan Hal Ehwal Keselamatan Indonesia, Jeneral Wiranto cedera ditikam semasa melangkah masuk ke dalam kenderaannya hari ini.

Jurucakap Polis Indonesia, Dedi Prasetyo berkata, insiden itu berlaku di Pandeglang, Pulau Jawa sambil menambah penyerang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita telah diberkas.

Kedua-dua suspek dipercayai terdedah kepada pemahaman radikal Daesh.

Katanya, seorang anggota polis turut cedera dalam insiden itu. - AFP

Artikel Berkaitan: