Mohamad Danish belum ditemui

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang melakukan pencarian kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang melakukan pencarian kanak-kanak yang terjatuh ke dalam longkang.
A
A
A

AMPANG - Smart Selangor Command Centre (SSCC) menggunakan dron bagi membantu operasi mencari dan menyelamat Mohamad Danish Supri Antony,9, yang dipercayai terjatuh ke dalam longkang pada Selasa lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Mohd Faizal Md Zain berkata, penggunaan dron untuk tinjauan dari udara di kawasan sungai di Salak Selatan hingga ke muara Sungai Klang bagi mengesan tubuh mangsa di kawasan permukaan air dan tebing sungai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua kini diluaskan kepada 6.5 kilometer.

Operasi pencarian turut dilakukan di tebing sungai.
Operasi pencarian turut dilakukan di tebing sungai.

"Pasukan mencari dan menyelamat turut menjalankan operasi di sekitar kawasan Sungai Kerayong dan Sungai Klang," katanya.

Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di lokasi berkenaan.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 petang menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah ke lokasi itu untuk operasi mencari dan menyelamat.

Artikel Berkaitan: