Maut dihempap pokok yang ditebang

Mangsa maut di tempat kejadian selepas dihempap pokok rumbia di Kampung Tok Salam, Kubang Kenyeng, Naka petang semalam.
Mangsa maut di tempat kejadian selepas dihempap pokok rumbia di Kampung Tok Salam, Kubang Kenyeng, Naka petang semalam.
A
A
A

KUALA NERANG - Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok rumbia yang ditebangnya di Kampung Tok Salam, Kubang Kenyeng, Naka, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, kejadian jam 5.50 petang itu berlaku semasa mangsa melakukan kerja-kerja menebang pokok bersama seorang lagi rakannya.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang dikenali Mohd Zainuddin Md Zain, 40, mahu menyelamatkan diri namun kakinya tersangkut pada akar dan terjatuh sebelum dihempap pokok rumbia yang tumbang.

"Mangsa yang cedera parah selepas dihempap meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noh berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Setakat ini siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan," katanya.

Artikel Berkaitan: