Sorotan 2018: Kisah-kisah menarik di Negeri Sembilan

A
A

8 Februari - Kutip cebisan otak atas lebuh raya

BEBERAPA anggota polis dan kakitangan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) terpaksa mengutip cebisan otak seorang mangsa kemalangan, Mohd Haziq Haikal Yahaya, 20, yang digilis beberapa kenderaan selepas tercampak ke jalan raya akibat terlanggar belakang sebuah kenderaan di kilometer 226.5 Plus arah Utara pada 8 Februari.

16 Februari - Lelaki maut jatuh pokok petai

MAYAT seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbaring dan berulat di bawah sebatang pokok di Kampung Paya Lubuh, Tanjung Kling dipercayai jatuh ketika memetik buah petai.

6 Julai - Lelaki temui tengkorak manusia

SEORANG lelaki menemui satu tengkorak manusia di gebun getah miliknya berhampiran Jalan Rompin-Pasir Besar, kira-kira jam 6.30 petang selepas terhidu bau busuk yang amat kuat.

15 Julai - Peserta triathlon maut

SEORANG peserta Port Dickson International Triathlon 2018 meninggal dunia semasa menyertai acara renang.

Mangsa, Tharm Wei Wong, 39, dipercayai lemas ketika berenang menuju ke pantai untuk meneruskan acara berbasikal.

13 Ogos - Guru tadika durjana

PERBUATAN dua guru yang mengasari kanak-kanak di bawah jagaan mereka dengan menampar mereka di sebuah tadika di Ayer Keroh terbongkar selepas dua video tular di media sosial.

26 Ogos - Tertinggal anak lepas makan ikan bakar

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bersendirian di sebuah premis ikan bakar, di Alai, apabila ahli keluarganya secara tidak sengaja meninggalkannya selepas selesai makan bersama kira-kira 9.30 malam.

13 Oktober - Tujuh gerai jual babi ditutup

PUSAT Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) ambil tindakan drastik tutup tujuh gerai jualan makanan yang didapati menjual makanan tidak halal ketika Ekspo Tastefully Food and Baverage selepas gerai berkenaan didapati menjual daging babi berkonsepkan makanan jalanan.

18 Oktober - Bomba selamatkan pelajar ponteng

ENAM pelajar termasuk seorang perempuan yang ponteng sekolah terpaksa diselamatkan bomba selepas terperangkap di tingkat empat di Rumah Pangsa Lobak.

3 September - Saya bukan gengster

EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee menafikan beliau bertindak ala gangters ketika mengetuai serbuan di sebuah stor yang disyaki menyimpan baja subsidi kerajaan di di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai seperti ditularkan di media sosial.

29 September - Muzium tentera darat terbakar

PORT DICKSON - Sebuah galeri pameran di Muzium Tentera Darat dekat sini terbakar 50 peratus, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, kebakaran melibatkan tingkat bawah galeri tersebut.

9 Oktober - Norhizam bertikam lidah dengan penduduk

EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee sekali lagi menjadi perhatian apabila video yang memaparkan beliau bertikam lidah dengan sekumpulan penduduk berhubung isu penutupan jalan di Taman Akasia, Pengkalan Batu tular di media sosial.

Susulan ramai itu ramai yang mengecam tindakan beliau dan mendakwa Adun Pengkalan Batu itu sebagai gengster dan biadab.

13 Oktober - Anwar menang besar

CALON PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang PRK Port Dickson dengan undi 31,016, sekali gus menewaskan calon Pas dan lima calon Bebas lain.

4 November - Sultan Melaka siak surau

INDIVIDU yang tular di media sosial sebagai Sultan Mansor Shah III rupa-rupanya seorang siak surau malah dia sendiri buat laporan polis dakwa tidak tahu mengenai perkara tersebut.

15 November - Idris diarah keluar Dewan

KETUA Pembangkang Melaka, Datuk Seri Idris Haron keluar dewan oleh Speaker Dun Melaka, Datuk Omar Jaafar kerana ingkar arahan untuk duduk dan berterusan membantah keputusan speaker selepas usulnya berkaitan isu.

17 November - Kemenangan Tok Mat di Dun Rantau tidak sah

MAHKAMAH Pilihan Raya Seremban hari ini memutuskan kemenangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU14 bagi kerusi Dun Rantau adalah terbatal dan tidak sah.

17 November - Gerai air kelapa kena rempuh

SEBUAH gerai kelapa di di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang musnah dirempuh sebuah kereta Perodua Viva.

Kejadian menyebabkan seorang pemotong rumput warga Myanmar yang sedang menikmati minuman di gerai berkenaan parah.

27 November - Daging babi dilempar dalam surau

DUA buah surau di Serkam iaitu Surau Bukit Serkam dan Surau An-Nur, di sini, dicemari dengan penemuan objek dipercayai daging babi.

Objek ditemui oleh jemaah yang hendak menunaikan solat Subuh.

30 November - Buaya tembaga tersangkut pukat diselamatkan.

ALOR GAJAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka berjaya selamatkan seekor buaya tembaga yang tersangkut pada pukat rawai lebih kurang dua hari di Kuala Sungai Baru.

2 Disember - Diganggu kerana guna perkataan ‘call girl’.

SEORANG pengusaha spa bergerak tak sangka tindakannya mempromosikan perniagaannya guna perkataan ‘call girl’ jadi perhatian suami orang.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia