Budak perempuan lemas dalam tangki kumbahan

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam tangki kumbahan malam tadi.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam tangki kumbahan malam tadi.
A
A
A

KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam tangki kumbahan di Batu 5, Jalan Gambang di sini malam tadi.

Mayat kanak-kanak berusia lingkungan 5 tahun itu ditemui dalam keadaan terapung kira-kira jam 9 malam sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota ke lokasi selepas menerima panggilan jam 9.05 malam.

Menurutnya, mayat mangsa berjaya dikeluarkan jam 9.33 malam.

Mayat mangsa yang terjatuh ke dalam tangki kumbahan berjaya dikeluarkan jam 9.33 malam tadi.
Mayat mangsa yang terjatuh ke dalam tangki kumbahan berjaya dikeluarkan jam 9.33 malam tadi.

Terdahulu, kanak-kanak itu disedari hilang oleh ibunya selepas keluar bermain petang semalam.

Kehilangan kanak-kanak tersebut kemudiannya ditularkan di laman sosial Facebook oleh ibunya untuk meminta kerjasama netizen mengesan anaknya itu.

Artikel Berkaitan: