Utusan, Kosmo! online tidak boleh diakses

Tangkap layar pautan ke Utusan kini tidak boleh dilayari lagi.
Tangkap layar pautan ke Utusan kini tidak boleh dilayari lagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! kini tidak boleh lagi diakses secara online.

Tinjauan Sinar Harian mendapati sebarang carian yang membawa pautan kepada kedua-dua portal itu tidak boleh dilayari sejak petang semalam.

Paparan hadapan di kedua-dua laman online akhbar tersebut masih memaparkan logo serta tajuk-tajuk berita.

Namun, apabila diketik pada pautan berita, ia tidak lagi boleh diakses.

Terdahulu, susulan masalah kewangan yang dihadapi, akhbar bahasa Melayu tertua negara, Utusan Malaysia menghentikan operasinya bermula semalam.

Satu lagi akhbar terbitan Utusan Malaysia (Malaysia) Berhad, Kosmo! turut menamatkan operasi bermula semalam.

Perkara itu dinyatakan dalam satu memorandum pekeliling ditandatangani oleh Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.

Artikel Berkaitan: