Boomerang rakam kelibat orang tanpa kepala

Gambar yang menjadi perbualan netizen yang dikatakan manusia tanpa kepala.
A
A

PERKONGSIAN Boomerang seorang wanita di sebuah hotel menimbulkan perasaan seram dalam kalangan netizen di media sosial apabila berjaya merekodkan kelibat manusia tanpa kepala.

Pemilik gambar tersebut, Shafrina Zibidan atau mesra disapa Erin pada mulanya tidak mengesyaki gambar kelibat itu muncul sehinggalah terdapat seorang individu yang memberitahunya perkara itu.

"Ada seorang hamba ALLAH yang tak dikenali mintak nombor Erin untuk telefon berkaitan dengan bisnes, tengah kami sembang dia bagitahu Erin... Erin nak tanya hari itu Erin ada buat Boomerang yang pakai seluar jeans putih dan baju pink tu. Erin ada program apa, dekat mana?

"Selamba aku dengan riang jawab "Erin celebrate birthday kawan dekat sebuah hotel" kenapa kakak sayang?

Kata Shafrina, dalam posting yang dimuat naik pada Jumaat lalu, hamba ALLAH itu memberitahu seolah-olah ada orang di belakangnya dan tidak berkepala.

Shafrina pada mulanya menafikan tentang dakwaan individu terbabit namun apabila gambar itu dihantar semula kepadanya, dia sendiri tidak percaya seolah-olah ada kelibat orang seperti sedang membawa makanan di belakangnya dan tidak mempunyai kepala.

"Bila buka je WhatsApp dari dia, rasa macam terkejut berdiri bulu roma. Nak kata kesan Boomerang, tak pernah pernah pula terjadi begitu,

"Kalau nak sedapkan hati lagi. Mungkin kepala dia tengah main pusing-pusing kot (tapi dalam hati rasa la juga degupan jantung 120 kilometer itu)," katanya.

Gambar tersebut yang dikongsi oleh Shafrina tular di laman Facebook.

Lisa Dycenta dalam ruangan komen menulis "meremang pula tengok gambar ini."

Namun, ada dalam kalangan netizen mengatakan itu hanyalah kesan cahaya seperti tulisan Nurul Fatihah "Kaki rapat lantai... dan pelayan tu pakai tudung putih... latar belakang bercahaya, cahaya lampu pun terang... biasa lampu saja tu...tak ada mistik-mistik."