Paus hamil ditemui mati di pulau Sanday

Seekor ikan paus betina dewasa dari species Baleen ditemui mati dengan jaring masih terlekat pada mulutnya di pulau Sanday, Perancis. - Foto SMASS
Seekor ikan paus betina dewasa dari species Baleen ditemui mati dengan jaring masih terlekat pada mulutnya di pulau Sanday, Perancis. - Foto SMASS
A
A
A

ORKNEY - Seekor ikan paus betina dewasa yang sedang hamil dari spesies Baleen ditemui mati dengan jaring masih terlekat pada mulutnya di pulau Sanday, Perancis.

Pakar dari Scottish Marine Animal Strandings Scheme (SMASS) Orkney mengatakan bahawa jaring itu telah menghalangnya untuk makan dan menjejaskan pergerakan paus itu.

Jaring itu juga menyebabkan ikan itu tidak boleh bergerak secara normal dan beberapa jam terakhir haiwan itu agak keletihan berdasarkan pada kesan lebam dan paru-paru haiwan tersebut.

Isnin lalu, seorang nelayan memaklumkan seekor ikan paus telah terperangkap pada jaringnya di Westray di Orkney.

Anak ikan paus yang mati. - Foto SMASS
Anak ikan paus yang mati. - Foto SMASS

Dia bersama sukarelawan Penyelam Marin British dari Glasgow, Dundee, Ullapool dan Moray berjaya membebaskan haiwan itu.

Bagaimanapun, haiwan tersebut akhirnya ditemui mati di pulau Sanday.

Para sukarelawan Orkney SMASS, yang merupakan sebahagian daripada pelajar kolej luar bandar Scotland, turut memeriksa ikan paus dan anaknya yang mati itu.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, ini merupakan kes kedua berlaku pada minggu yang sama di Orkney. - Agensi