KBS mohon dana khas pembangunan sukan

 Syed Saddiq dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di sini hari ini. - Foto Zahid Izani
Syed Saddiq dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di sini hari ini. - Foto Zahid Izani
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon dana khas dalam Belanjawan 2020 untuk mencungkil bakat pelapis atlet, pembangunan sukan wanita dan infrastruktur sukan luar bandar.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, KBS memerlukan sekurang-kurangnya RM100 juta bagi tujuan tersebut.

Menurutnya, dana khas tersebut akan disalurkan kepada tumpuan utama KBS.

"Usaha mencungkil bakat baharu dalam sukan negara adalah perlu bagi memastikan lebih banyak kejayaan dapat dicapai.

"Banyak program-program yang perlu dilakukan untuk memastikan negara mempunyai pelapis sukan," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, KBS juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan sukan wanita agar saksama dengan lelaki.

"Kita mahu peruntukan diagihkan seadil-adilnya bagi memastikan atlet wanita tidak dipinggirkan," katanya.

Syed Saddiq berkata, infrastruktur di luar bandar perlu disediakan bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut dapat bersukan.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu bukan setakat kementerian sahaja membuat permohonan, tetapi peringkat kampung boleh datang memohon," katanya.

Selain sukan, KBS tidak mengenepikan terhadap pembangunan belia termasuk pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) selain peluang pekerjaan dengan memohon peruntukan RM6 bilion untuk tempoh enam tahun.