'Main pistol, tertembak teman wanita'

Polis meninjau kereta di mana seorang wanita ditembak secara tidak sengaja oleh teman lelaki di Jalan Rama 3, Bangkok pada malam Isnin lalu. FOTO: BANGKOK POST
Polis meninjau kereta di mana seorang wanita ditembak secara tidak sengaja oleh teman lelaki di Jalan Rama 3, Bangkok pada malam Isnin lalu. FOTO: BANGKOK POST
A
A
A

BANGKOK - Seorang pelancong dari China yang bermain dengan pistol rakan perniagaan selepas menghadiri sebuah pesta dikatakan melepaskan tembakan secara tidak sengaja telah membunuh teman wanitanya di sebuah kereta di Jalan Rama 3 di Bangkok pada malam Isnin lalu.

Mangsa, Zhan Anting, 23, ditembak di dada dan meninggal dunia sejurus selepas tiba di Hospital Nakornthon.

Menurut polis, teman lelakinya wanita tersebut dikenali sebagai Zeng Ventao, 53, menangis di luar bilik kecemasan.

Dan ketika kejadian pasangan tersebut dipercayai mabuk.

Sementara itu, rakan pasangan terbabit, Wichai Maneekitikun, 44, yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Perdagangan dan Industri Thai-China memberitahu polis dia membawa mereka pulang ke rumahnya selepas menghadiri pesta dengan rakan-rakan di sebuah hotel di Pathumwan.

Namun dalam perjalanan ke kondominium di Rama 3 Road, dia keluar untuk membuang air kecil di tepi jalan.

Dia kemudia mendengar tembakan dari dalam keretanya bergegas dan mendapati rakan wanita itu ditembak.

Wichai berkata, sahabatnya itu mabuk dan mengakui pistol itu miliknya yang disimpan dalam kotak di barisan kedua kerusi kereta.

Artikel Berkaitan:

Polis mengambil keterangan Ventao dan Wichai untuk siasatan lanjut.- Agensi