Wanita hamil terlibat kemalangan

Wanita tersebut terbaring menahan kesakitan kesan kemalangan dengan sebuah kenderaan di bulatan Kampung Pandan di sini hari ini. - Foto ihsan APM
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita hamil terpaksa menahan kesakitan selepas motosikal diboncengnya terlibat dalam satu kemalangan di bulatan Kampung Pandan di sini hari ini.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kapten Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, wanita berkenaan bersama suaminya yang menunggang motosikal terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian jam 1.40 tengah hari tadi.

Menurutnya, satu pasukan digerakkan ke lokasi sebaik dimaklumkan kejadian.

Wanita tersebut dihantar ke HKL menggunakan van APM selepas mengadu sakit pada bahagian perut. - Foto ihsan APM
Wanita tersebut dihantar ke HKL menggunakan van APM selepas mengadu sakit pada bahagian perut. - Foto ihsan APM

"Wanita tersebut sedang terbaring menahan kesakitan di samping suaminya ketika anggota APM tiba di lokasi kejadian.

"Mangsa tidak boleh bangun mengadu sakit di bahagian perut dan belakang badan manakala suaminya sakit di bahagian dada," katanya.

Katanya, anggota APM melakukan pemeriksaan dan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya.