'Wanita saiz M gemuk' - Kenyataan instafamous dikecam

Mei Ling menuntut permohonan maaf kepada netizen berkaitan kenyataannya yang mengatakan M adalah gemuk
Mei Ling menuntut permohonan maaf kepada netizen berkaitan kenyataannya yang mengatakan M adalah gemuk
A
A
A

SINGAPURA - Gara-gara mengatakan wanita memakai saiz M gemuk, seorang instafamous yang berkebolehan bermain piano mengundang kemarahan dalam kalangan netizen di media sosial.

Lee Mei Ling dalam postingnya di Instagram miliknya baru-baru ini mengatakan wanita jika memakai 6/S, ini bermakna anda adalah M, M adalah gemuk.

"Di Asia, S adalah saiz M, M pula bersaiz L dan apa-apa yang berkaitan M melambangkan ianya obesiti.

"Cuba untuk kurangkan saiz kepada 4/XS, Saya sekarang saiz 2/XXS, Jika anda memakai saiz 6 ke atas, saya merayu, berhenti makan dan anda perlu melakukan aktiviti di gim," tulisnya.

Perkongsian tersebut di Insta story miliknya menimbulkan kecaman dan cemuhan dalam kalangan rakyat netizen sehingga kelayakan dirinya sebagai tenaga pengajar ballet dan piano mula dipersoalkan menyebabkan pengikutnya di Telegram menurun sehingga 30,000 pengikut.

Tindakannya itu juga menyebabkan terdapat individu yang memalsukan sijil kelayakannya bermain piano namun selepas tular di media sosial Jumaat lalu, instafamous tersebut telah memuat naik sekeping gambar sijil diploma bermain piano secara solo yang asli dan telah bermain piano sejak berumur 8 tahun.

"Saya telah dianugerahkan diploma dalam bidang tersebut pada 2007 oleh Trinity London College dan bermain piano bukan sekadar hobi saya tetapi cara saya untuk membina keyakinan diri.

"Saya sedih dengan individu yang telah memuat naik gambar sijil palsu diploma saya yang bukan sahaja telah membunuh kerjaya saya malah kejayaan saya yang telah saya usahakan selama ini dalam industri muzik.

Artikel Berkaitan:

"Bagi mereka yang telah memfitnah saya dan mengatakan saya memalsukan sijil saya, saya berhak dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada anda semua," katanya.

Isnin lalu, Mei Ling juga telah memuat naik kenyataan memohon maaf di Instagramnya kepada netizen atas kenyataannya yang sensitif berkaitan saiz M dan menyesali atas perbuatannya yang menyebabkan ramai wanita marah atas kenyataannya.

Tindakan tersebut menerima respons positif dalam kalangan netizen dan rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan oleh Instafamous terbabit

Tulis wrxblue "orang yang tahu dan mengakui kesalahannya layak dimaafkan dan berharap agar anda dapat berfikiran matang selepas ini. Anda banyak memberi inspirasi kepada orang. Kita akan sentiasa matang dan anda perlu lakukan mengikut cara anda,".

"Tidak mengapa, saya tahu anda tiada niat untuk menyakitkan hati semua orang walaupun jika tiada penjelasan,"tulis Jameskang1812 di ruangan komen.