Netizen sambung 'serang' Moorthy di FB

Perkongsian Moorthy di Facebooknya berhubung suasana semalam.
Perkongsian Moorthy di Facebooknya berhubung suasana semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Suhu panas di Dewan Rakyat semalam, bersambung hari ini apabila netizen pula mengambil bahagian untuk menyerang Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

Mana tidaknya perkongsian Moorthy mengenai sedutan video membabitkan serangan semalam di Facebooknya mendapat perhatian netizen untuk 'mengambil tanggungjawab' menghentam beliau.

Menurut Hanafi Betta, Moorthy perlu meletak jawatan.

"Letak jawatan,letak jawatan, letak jawatan," katanya.

Menurut Tinagaran Arumugam pula berkata, "Malaysia tak perlu orang rasis macam kamu, kamu tidak layak bercakap dan bersuara untuk kaum minoriti di Malaysia,".

Manakala menurut Azzam Betta pula berkata, " Isu ICERD bukan soal Pas dan Umno tapi soal agama dan bangsa,".

Dewan Rakyat semalam 'panas' ekoran isu ICERD ini, dimana pembangkang sepakat untuk menyerang Moorthy.

Keadaan dewan yang kecoh itu menyebabkan Morthy akur dan berkata akan memberi jawapan mengenai ICERD secara bertulis.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Moorthy tidak wakili kerajaan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Maza label Moorthy pengkhianat negara]

Dalam pada itu Moorthy ketika mengambarkan suasana kecoh semalam seperti "10 lawan 1," .

Kata Moorthy merujuk kekecohan semalam , suhu Dewan Rakyat semalam kembali panas apabila pembangkang sepakat 'menyerang' Moorthy berhubung pendiriannya mengenai ICERD.

"Moorthy yang ketika itu memberi ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019, mengenai ICERD beberapa kali 'dihentak' oleh ahli Parlimen pembangkang yang bangun mencelah untuk meminta penjelasan yang jitu mengenai ICERD," demikian memetik kenyataan di Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10k 'sign' petisyen desak Moorthy letak jawatan]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Itu kisah lama, Moorthy']