Dewan Rakyat kecoh gara-gara sindir jantina Azalina

AZALINA
AZALINA
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini kembali kecoh apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan mempersoal jantina Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

Kekecohan itu bermula selepas Azalina mengajukan soalan kepada Hanipa ketika sesi perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019.

“Kadang-kadang nampak gemuk, kadang-kadang kurus, macam Pengerang (Azalina) kejap nampak perempuan, kejap nampak lelaki," katanya.

Kenyataan berbaur sindiran itu akhirnya menimbulkan kemarahan barisan pembangkang dan meminta kenyataan itu ditarik balik.

Enggan memanjangkan kekecohan antara kedua-dua belah pihak, Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon akhirnya meminta Mohamed Hanipa menarik balik kenyataan yang didakwa menghina Azalina itu.

“Timbalan menteri (Hanipa) tarik balik kenyataan itu,minta ucapan dirumuskan elok-elok,” katanya.

Terdahulu, Azalina bangkit mencelah ketika sesi penggulungan oleh Hanipa yang menyatakan pendirian beliau supaya akta itu dikekalkan.

"Melalui RUU (Akta Antiberita Tidak Benar) bila saya beritahu penentu kepada berita palsu ini ialah mahkamah. Saya bandingkan dengan Singapura kerana negara itu yang menentukan berita palsu ialah menteri.

Artikel Berkaitan:

"Di Singapura iaitu kerajaan, politik yang menentu berita tidak benar berbanding Malaysia yang mana RUU itu lebih adil kerana yang menentu mahkamah.

“Di Malaysia Akta ini juga membenarkan mana-mana individu pergi mahkamah membuat rujukan sesuatu berita itu benar atau tidak benar,” katanya.