Penduduk Perak bakal nikmati jalur lebar berkelajuan tinggi

Muhammad Faisal (kanan) memberikan penerangan kepada Hasnul Zulkarnain (kiri) mengenai pelaksanaan fasa pertama gentian optik bagi HSBB di Perak.
Muhammad Faisal (kanan) memberikan penerangan kepada Hasnul Zulkarnain (kiri) mengenai pelaksanaan fasa pertama gentian optik bagi HSBB di Perak.
A
A
A

IPOH - Projek khidmat gentian optik bagi jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dinikmati penduduk di Perak secara berperingkat bermula Disember tahun ini.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, bagi fasa pertama, dianggarkan seramai 16,000 rumah terlibat di kawasan Menglembu, Papan dan Silibin.

Menurutnya, jumlah itu dijangka akan bertambah selepas perbincangan secara teliti dibuat bersama TNB dengan memilih kawasan pinggir bandar bagi fasa awal yang bermula November 2019 hingga Mac 2020 sebelum diperluaskan ke kawasan luar bandar untuk fasa kedua.

"Saya sudah menerima taklimat daripada Ketua Jabatan, Solusi Telekomunikasi dan Sambungan TNB, Muhammad Faisal Sidek berhubung perkembangan semasa Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang bakal dilaksanakan di Perak.

"Sebaik sahaja projek ini dirintis di Jasin, Melaka pada Januari lalu, saya telah bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo untuk mempertimbangkan agar projek ini dapat dilaksanakan di Perak sebagai negeri pertama. Menteri dan TNB bersetuju dengan cadangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Hasnul Zulkarnain berkata, cadangan daripada TNB itu telah dibentangkan di dalam mesyuarat Exco pada Julai lalu dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan itu.

Artikel Berkaitan: