500 pengunjung gamatkan sambutan tahun baharu D'Wharf Hotel

Antara kakitangan hotel yang terlibat menjayakan program sambutan tahun baharu 2019.
Antara kakitangan hotel yang terlibat menjayakan program sambutan tahun baharu 2019.
A
A
A
SAMBUTAN tahun baharu anjuran D’ Wharf Hotel and Services Residence yang terletak di persiaran PD Waterfront meriah dengan kehadiran lebih 500 pengunjung.

Program yang bertemakan Wow Wild West itu, diserikan lagi dengan pelbagai persembahan termasuk kehadiran beberapa artis terkenal seperti Zamani, Rahmat Mega, pelawak terkenal, Man dan Tauke serta penyampai radio popular, Hanif sebagai pengacara pada malam ambang tahun baharu 2019.

Pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan persembahan nyanyian, tetapi pelbagai pengisian diadakan termasuk cabutan bertuah bagi meraikan pengunjung, selain penyediaan lebih 50 menu makanan.

Antara yang dapat sambutan adalah persembahan silap mata, makan api, tarian, Raja Lawak dan diakhiri dengan persembahan bunga api yang dipancarkan terus ke arah laut.

Man dan Tauke turut membuat persembahan dan memeriahkan suasana.
Man dan Tauke turut membuat persembahan dan memeriahkan suasana.



Pengunjung dihiburkan dengan percikan bunga api selama lebih 10 minit, yang kemudiannya dimeriahkan dengan laungan Selamat Tahun Baharu 2019.

Eksekutif Food & Beverage D'Wharf, Mohd Afindi Marzuki berkata, program yang memasuki tahun kedua itu akan dijadikan sebagai acara tahunan dalam memberi peluang pihaknya beramah mesra dengan pengunjung hotel.

Katanya, pada tahun ini tema yang dibawa berkonsepkan 'Wild West' berbanding tahun sebelumnya bertemakan Aloha Hawaii.

"Setiap pengunjung yang hadir akan diberi dua topi koboi, sapu tangan kecil, gelang LED dan beberapa barangan permainan untuk kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:


"Kita mahu bangkitkan suasana Wild West itu, jadi kita minta semua pengunjung yang hadir memakai topi koboi dan bandana yang diberi secara percuma bagi memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan," katanya.

Menurutnya, bagi memastikan setiap golongan dapat menikmati sambutan tahun baharu, pihaknya menjemput 30 anak yatim daripada Ampangan untuk bersama meraikannya.

"Program berjalan lancar, setiap pengunjung pulang dengan gembira dan kita berharap pada tahun depan kita anjurkan aktiviti yang lebih meriah," katanya.

Program bermula pada jam 8 malam sehingga 1 pagi.