Garmin fēnix 6 terbaharu

PENGARAH Urusan Garmin Asia Tenggara, Engelhard Sundoro (tiga dari kanan) bersama Pengurus Produk Garmin Asia Tenggara, Ivan Lai dan Pengarah Urusan Eaco Technologies (M) Sdn Bhd, Ong Chang Seng bergambar sempena pelancaran itu baru-baru ini.
A
A

GARMIN mengumumkan koleksi jam tangan pintar GPS untuk pelbagai sukan di Malaysia, siri fēnix 6 terbaharu.

Pengarah Urusan Garmin Asia Tenggara, Engelhard Sundoro berkata, produk itu dicipta untuk aktiviti lasak.

Ujarnya lagi, koleksi fēnix 6 hadir dengan Power Manager untuk jangka hayat bateri yang lebih lama dan ciri pemantauan tenaga inovatif.

Body Battery TM yang diperkenalkan buat pertama kalinya dalam siri fēnix itu juga direka untuk membantu pengguna menguruskan jadual latihan mereka, masa rehat dan tidur.

"Kami faham akan keperluan lebih banyak kuasa bateri untuk penggunaan produk pelbagai sukan kami yang lebih lama dan kami sangat gembira untuk memperkenalkan ciri-ciri inovatif baharu bagi meningkatkan pengurusan kuasa fēnix 6X edisi Pro Solar memberikan pengguna semua ciri-ciri yang mereka harapkan daripada rangkaian fēnix.

JAM tangan tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri mudah diakses termasuk profil aktiviti yang terbina, anggaran VO2 max dan status latihan dengan pelarasan suhu dan ketinggian.
JAM tangan tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri mudah diakses termasuk profil aktiviti yang terbina, anggaran VO2 max dan status latihan dengan pelarasan suhu dan ketinggian.

"Kami telah membina fēnix 6 untuk mentakrifkan semula jangkaan dengan ciri-ciri dan elemen reka bentuk yang dipertingkatkan untuk tampil menarik kepada setiap jenis pengembara dalam apa jua persekitaran.

"Garmin fēnix 6 sebenarnya merupakan model yang paling maju dan canggih dalam barisan produk fēnix. Kami percaya ia merupakan jam pintar yang sempurna bagi rakyat Malaysia untuk dibawa ke persekitaran luar," katanya.

Sama ada mengembara, memburu, berjalan kaki, berbasikal, bermain golf, menyelam atau menggunakan komunikasi satelit, peranti aktiviti luar Garmin ialah alat penting untuk peminat kehidupan lasak di semua peringkat.

Berdasarkan rekod, Garmin aktif di lima pasaran utama termasuk automotif, penerbangan, kecergasan, laut dan rekreasi luar.

KOLEKSI fēnix 6 hadir dengan Power Manager untuk jangka hayat bateri yang lebih lama dan ciri pemantauan tenaga inovatif.
KOLEKSI fēnix 6 hadir dengan Power Manager untuk jangka hayat bateri yang lebih lama dan ciri pemantauan tenaga inovatif.

Berikut ialah penjelasan lanjut tentang siri fēnix 6:

Power Manager

  • Ciri baharu itu boleh disesuai dan membolehkan pengguna melihat dan mengawal bagaimana tetapan dan sensor yang memberi kesan kepada jangka hayat bateri.
  • Untuk berasa lebih yakin sebelum sesuatu perjalanan atau aktiviti, baki bateri boleh ditetapkan dalam jam dan hari (untuk membantu menentukan sama ada pengembaraan itu boleh bertahan sehingga caj berikutnya).
  • Jam tangan tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri mudah diakses termasuk profil aktiviti yang terbina, anggaran VO2 max dan status latihan dengan pelarasan suhu dan ketinggian.
KOLEKSI Siri fēnix 6 - Pro & Sapphire ditambah kualiti dan ketahanan kanta tahan calar nilam selain bahan premium berprestasi tinggi yang lain.
KOLEKSI Siri fēnix 6 - Pro & Sapphire ditambah kualiti dan ketahanan kanta tahan calar nilam selain bahan premium berprestasi tinggi yang lain.

Siri fēnix 6 - Pro & Sapphire

  • Jam tangan GPS pelbagai sukan fēnix 6 dan fēnix 6X direka lebih nipis untuk lebih selesa di pergelangan tangan.
  • Selain daripada saiz skrin paparan yang lebih besar, Garmin telah memperkenalkan band nilon QuickFit TM baharu dan warna silikon.
  • Edisi Sapphire menambah kualiti dan ketahanan kanta tahan calar nilam dan bahan premium berprestasi tinggi yang lain.
JAM tangan GPS pelbagai sukan fēnix 6 dan fēnix 6X direka lebih nipis untuk lebih selesa di pergelangan tangan.
JAM tangan GPS pelbagai sukan fēnix 6 dan fēnix 6X direka lebih nipis untuk lebih selesa di pergelangan tangan.

Siri fēnix 6X Pro Solar

  • Sesuai untuk prestasi, fēnix 6X dan fēnix 6X Pro Solar mempunyai reka bentuk yang canggih dan sofistikated dengan paparan skrin besar 1.4" dan kebolehbacaan di bawah sinar matahari iaitu 36 peratus lebih besar daripada model fēnix 5X sebelumnya.
  • Sebagai jam tangan Garmin GPS yang pertama untuk menyertakan fungsi pengecasan solar dalam ciri Power Manager, edisi fēnix 6X Pro Solar direka dengan Power Glass TM, sebuah kanta pengecasan solar telus yang menggunakan tenaga matahari untuk memanjangkan jangka hayat bateri.
  • Dengan teknologi pengecasan solar yang unik, pengguna mempunyai lebih banyak masa di tangan untuk menikmati aktiviti masing-masing, ciri-ciri latihan, pemetaan warna, penstriman muzik dan banyak lagi.
GARMIN fēnix 6 sebenarnya merupakan model yang paling maju dan canggih dalam barisan produk fēnix.
GARMIN fēnix 6 sebenarnya merupakan model yang paling maju dan canggih dalam barisan produk fēnix.