Pemimpin al-Qaeda di Asia Selatan terbunuh

Asif Umar
Asif Umar
A
A
A

KABUL - Pemimpin al-Qaeda cawangan Asia Selatan terbunuh dalam serangan bersama dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan pada bulan lalu, menurut pegawai di Kabul semalam.

Asim Umar yang memimpin al-Qaeda di India (AQIS) sejak ditubuhkan pada 2014 maut dalam serangan di kompleks Taliban di daerah Musa Qala di wilayah Helmand pada 23 September lalu.

Direktorat Keselamatan Negara Afghanistan (NDS) memaklumkan Umar maut bersama enam anggota AQIS lain dan kebanyakan mereka adakan rakyat Pakistan.

Operasi itu adalah sebahagian daripada operasi panjang dan mengelirukan yang turut mendapat sokongan udara AS yang dilancarkan pada 22-23 September lalu.

Gerakan Taliban di Afghanistan bagaimanapun menafikan kematian Umar dan menggelar laporan itu sebagai 'propaganda musuh'.

"Puluhan orang awam termasuk tetamu sebuah majlis perkahwinan terkorban dan cedera dalam insiden itu," jelas kenyataan dipaparkan menerusi laman SITE yang memantau aktivis militan seluruh dunia.

Susulan kejadian itu pihak berkuasa memberitahu ia akan menyiasat kematian 40 orang awam termasuk kanak-kanak dalam serangan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: