Perancis terpaksa lupakan khidmat Mbappe

Mbappe - Foto Eurosport
Mbappe - Foto Eurosport
A
A
A

BINTANG Perancis, Kylian Mbappe bakal terlepas aksi Kelayakan Euro 2020 menentang Iceland dan Turki selepas kecederaan paha yang dialami belum pulih sepenuhnya.

Persekutuan Bola Sepak Perancis dalam satu kenyatan mengesahkan Mbappe digugurkan daripada skuad kebangsaan dan tempatnya akan diisi oleh pemain Borussia Monchengladbach, Alassane Plea.

"Setelah berunding dengan Mbappe dan doktor pasukan, pengendali Perancis, Didier Deschamps memutuskan untuk menghantar pulang (Mbappe) ke kelabnya, Paris Saint Germain (PSG).

"Mbappe akan meninggalkan Clairefontaine hari ini dan semua pemain mendoakan agar cepat sembuh," katanya.

Kecederaan yang menghantui bintang PSG itu meneruskan musim buruk Mbappe yang sebelum ini turut mengalami kecederaan hamstring dan baru sahaja kembali beraksi ketika menentang Bordeaux dalam aksi Ligue 1, 28 September lalu.

Malang buat pemain berusia 20 tahun itu apabila kembali dilanda kecederaan paha sebelum PSG turut menentang Angers di Parc des Princes, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Deschamps mengakui kecederaan Mbappe merupakan kehilangan besar buat skuad Les Blues itu.

"Untuk saingan kelayakan ini, kami memang memerlukan khidmat Mbappe dibahagian serangan. Namun, kecederaan yang dialaminya itu sukar untuk pulih dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak mahu mengambil risiko dan saya terpaksa buat keputusan berat untuk memanggil pemain lain untuk menggantikannya," katanya.