Gangguan air: Pas tuntut Adly minta maaf

Kamaruddin dan Adly Zahari
Kamaruddin dan Adly Zahari
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pas Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari mewakili kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka kepada rakyat yang terjejas akibat gangguan air baru-baru ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Kamaruddin Sidek berkata, ini susulan pengakuan Adly berhubung kenyataannya bahawa kegagalan kerajaan negeri melakukan tindakan awal menangani krisis tersebut.

"Kesannya sekitar 25,000 akaun pengguna terjejas hampir dua minggu yang amat memeritkan.

"Bagi saya ini satu kelalaian serius oleh pihak yang terbabit terhadap keperluan asas rakyat," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Kamarudin berkata, kerajaan negeri perlu kemukakan suatu perancangan yang konkrit kepada rakyat dalam menangani krisis air pada masa akan datang.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Adly berkata, isu gangguan air yang berakhir pada 30 September lalu disebabkan sumber air tidak cukup yang mana sepatutnya dilihat lebih awal sewaktu Melaka menuju ke arah negeri maju dan negeri pelancongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan air di Melaka pulih

Melaka tak akan biarkan masalah air berulang: KM

Artikel Berkaitan: