Guru temui ajal di kaki lima

Mangsa mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia.
Mangsa mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang guru meninggal dunia di kaki lima berhampiran sebuah bank di sini, petang tadi.

Mangsa, Mohamed Zaidi Mamat, 36, beralamat di Felda Chiku 01, Gua Musang, berkhidmat sebagai guru di Kolej Vokasional Shah Kuala Lipis Pahang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.50 petang itu dimaklumkan orang awam.

Katanya, pihaknya dimaklumkan mangsa mengalami sesak nafas di hadapan pejabat ejen penerbangan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk tindakan lanjut.

"Bedah siasat dijalankan pada jam 10 malam mendapati kematian berpunca daripada serangan jantung dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya.

Difahamkan, mangsa baharu sahaja tiba di pejabat berkenaan selepas pulang dari Kuala Lipis dan singgah bagi menyelesaikan urusan penerbangan umrah di bawah kendalian syarikatnya.

Artikel Berkaitan: