Tiga suspek kes gaduh ditahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga individu yang dipercayai terlibat pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Telawi Bangsar, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, kesemua individu berusia di antara 24 hingga 40 tahun itu ditahan pada Jumaat lalu.

"Kesemua suspek telah direman selama tiga hari untuk membantu siasatan. Kertas siasatan akan dikemukakan kepada pihak Pendakwaraya dalam masa terdekat," katanya melalui kenyataan media malam ini.

Zairulnizam berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu mangsa mengalami lebam di mulut, tangan dan kaki.

"Punca kejadian adalah kerana cemburu dan pengaruh alkohol setelah selesai berhibur di pusat hiburan berhampiran. Mangsa telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan jenayah boleh menghubungi polis di talian 0322979222.

Artikel Berkaitan: