Najib tanya RM20 juta untuk mansuh tol atau sebaliknya

Najib
Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pampasan bagi menghapuskan tol motorsikal di Jambatan Pulau Pinang dan di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) diumum sebagai RM20 juta.

Namun begitu, katanya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak menjelaskan secara telus sama ada kos tersebut untuk pampasan tahunan atau untuk mansuhkan tol selama-lamanya.

"Kemungkinan besar kos RM20 juta hanya pampasan setiap tahun.

"Jika ini benar-benar kos pampasan tahunan, maka ini bukan mansuhkan tol untuk motorsikal seperti diumum dengan bangga oleh beliau," katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.

Dalam Belanjawan 2019, Guan Eng mengumumkan kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor mulai 1 Januari 2019 dengan implikasi kewangan kira-kira RM20 juta setahun.

Beliau turut mengumumkan kerajaan akan membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019 yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta.

Mengulas lanjut, Najib berkata, bagi minggu ini sahaja, kerajaan PH akan mengutip sekitar RM140 juta dari cukai tersembunyi petrol

"Ini pengiraan untuk sekurang-kurangnya 30 sen satu liter kerana tidak mengurangkan harga petrol. Satu minggu sahaja, cukai tersembunyi ini cukup untuk membayar pampasan RM20 juta tol motorsikal itu 7 kali ganda.

Artikel Berkaitan:

"Bayangkan kerajaan PH telah mengutip cukai tersembunyi ini untuk tempoh lebih dari dua bulan akibat kejatuhan harga minyak dunia. Mereka tak bagi subsidi minyak kepada rakyat tetapi rakyat yang bagi subsidi kepada mereka," katanya.

Justeru katanya, rakyat berhak terus mendesak PH menepati janji manifesto untuk mansuhkan semua tol di Malaysia.

"Tetapi perlu berhati-hati ini bukan hasil dari cukai petrol tersembunyi yang ditibai secara senyap-senyap dari kita juga," katanya.