X

Kindly register in order to view this article
!

Air berbau di Selangor: 31 kawasan telah pulih

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - 31 kawasan di Selangor yang mengalami masalah bekalan air berbau telah pulih dengan hanya dua kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya setakat jam 6.00 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehingga jam 6.00 petang hari ini hanya dua kawasan iaitu Seri Kembangan dan Saujana Puchong yang masih belum pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, pihaknya sedang meningkatkan usaha dan aktiviti pencucian sistem perpaipan di kedua-dua kawasan itu bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Katanya, Air Selangor memohon maaf berhubung perkara itu dan menasihati pelanggan menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 bagi sebarang bantuan. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!