Dua kereta mewah musnah dalam kebakaran

A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua kereta berjenama mewah musnah dalam kebakaran di Jalan Metro Perdana 5, Taman Usahawan, di sini, awal pagi tadi.

Kereta yang terjejas akibat kebakaran berkenaan adalah sebuah Volkswagen dan Mercedes Benz yang terbakar 80 peratus.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 3.58 pagi.

"Seramai tujuh anggota bomba menaiki sebuah jentera tiba dilokasi pada kira-kira 5.15 pagi dan berjaya memadamkan kebakaran itu sepenuhnya sekitar 30 minit kemudian," katanya.

Menurut kenyataan itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan: