X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut kereta terhumban dalam anak sungai

Mangsa meninggal dunia di lokasi selepas kereta jenis Perodua Viva dipandunya terbabas sebelum terjunam ke anak sungai sedalam kira-kira dua meter di Kilometer 15 Jalan Rawang-Kuala Lumpur, petang tadi.
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam anak sungai di Kilometer 15 Jalan Rawang-Kuala Lumpur di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Azri Sulaiman, 51, dalam perjalanan dari arah Rawang ke Kuala Lumpur.

"Semasa melalui selekoh, mangsa yang memandu sendirian telah terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam anak sungai setinggi kira-kira dua meter.

"Mangsa yang tersepit di dalam kereta berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak ambulans," katanya.

Samsor berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat permukaan jalan licin selepas hujan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.