Kajian lebuh raya bertol dibentang kepada Jemaah Menteri

Baru Bian - FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Baru Bian - FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kajian Halatuju Industri Lebuhraya Bertol di Malaysia telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 2 Oktober lalu.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, kajian itu mengambil kira pelbagai senario dan alternatif untuk kerajaan menangani isu tol.

"Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi dengan lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Abd Mutalib (BN-Maran) yang ingin tahu hasil kajian berkaitan penurunan kadar tol yang telah dilakukan oleh perunding bebas yang dilantik kerajaan dan bilakah kerajaan akan mengumumkan hasil kajian kepada awam.

Terdahulu Baru berkata, kerajaan melantik juruperunding audit bebas bertauliah bagi membantu kerajaan dalam menganalisis data serta cadangan berhubung keputusan penangguhan kenaikan kadar tol lebuh raya. - Bernama

Artikel Berkaitan: