Dua beranak didakwa halang tugas polis

Kedua-dua tertuduh sewaktu diiringi polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
Kedua-dua tertuduh sewaktu diiringi polis di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini atas pertuduhan menghalang tugas polis.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Nor Amira Shazwa Zahari, 24, dan ibu mertuanya, Ngah Abdullah, 57, ketika pertuduhan terhadap kedua-duanya dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama dengan seorang lagi yang masih bebas didakwa dengan sengaja menghalang pegawai polis daripada menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Kampung Wakaf Pak Ya, Kubang Panjang, di sini pada jam 5.15 petang, 18 April lalu,

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan itu.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Fitri Mokhtar.

Difahamkan, kedua-dua tertuduh cuba menghalang anggota polis yang datang ke rumah mereka untuk menangkap ahli keluarga yang dipercayai terbabit dengan dadah.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, mereka bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas.