Lebih baik BR1M daripada PSP 'RM1 sehari'

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui di Parlimen hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui di Parlimen hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menyelesaikan masalah subsidi.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak munasabah kerajaan memberikan subsidi kepada rakyat namun kesannya tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh golongan berpendapatan rendah itu.

Menurutnya, adalah lebih baik kerajaan memperkenalkan pemberian bantuan wang tunai seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berbanding skim PSP kerana ia disalurkan terus kepada mereka.

"Saya rasa PH (Pakatan Harapan) gagal menyelesaikan masalah subsidi dan penyelesaian ini tidak konkrit.

"Jumlah subsidi yang diberi tidak muhasabah sebab kalau RM1 (sehari) gagal... tidak ada kesan apa-apa kepada rakyat. Lebih baik BR1M sebab terus kepada rakyat B40. Itu lebih terasa kepada rakyat," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, banyak juga pihak melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman kerajaan semalam.

"Kita tengok RM1 ini tidak sampai kepada matlamat sebenar untuk mengatasi masalah ini.

"Saya fikir banyak pihak yang menyuarakan rasa terkejut dengan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan kerajaan akan menyalurkan subsidi minyak berjumlah RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran subsidi petrol dikredit empat bulan sekali

Kadar subsidi terlalu rendah, PSP dianggap tak ikhlas

Mereka yang layak menerima subsidi itu adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan 1600cc ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun ke atas.

Program Subsidi Petrol (PSP) itu juga menetapkan kategori motosikal yang layak menerima subsidi itu adalah motosikal 150cc ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun ke atas.

PSP akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2020 yang membabitkan kira-kira 2.86 juta penerima.