Gaya anggun Neelofa hadir acara fesyen antarabangsa

A
A
A

PELAKON, pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Nor atau mesra disapa Neelofa membuktikan wanita berhijab juga mampu tampil stailo pada acara fesyen antarabangsa.

Buktinya, kemunculan selebriti berusia 30 tahun itu pada Minggu Fesyen New York 2019 dan Minggu Fesyen Milan 2019 yang berlangsung antara 4 hingga 23 September lalu berjaya mencuri tumpuan lensa kamera jurugambar profesional.

No Image Caption

Menariknya, beliau bukan sahaja tampil bergaya dalam persalinan busana jenama mewah, malah turut berpeluang menemui pereka fesyen terkemuka seperti Tommy Hilfiger dan Michael Kors.

Lebih istimewa menerusi entri akaun Instagram @neelofa, beliau berkongsi foto bersama trofi Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) kategori Usahawan yang dimenanginya di Monte Carlo, Monaco kelmarin.

Segmen FESYENISTA kali ini berkongsi video yang memaparkan sebahagian #OOTD Neelofa yang manis berhijab.

Artikel Berkaitan: