Iman, takwa jadi sandaran cegah sumbang mahram: Wan Azizah

Dr Wan Azizah menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2019 bertemakan 'Kesiapsiagaan Bencana, Tanggungjawab Bersama' di ibu pejabat Nadma hari ini. -Foto Bernama
Dr Wan Azizah menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2019 bertemakan 'Kesiapsiagaan Bencana, Tanggungjawab Bersama' di ibu pejabat Nadma hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUCHONG - Pengukuhan iman dan takwa individu termasuk ibu bapa menjadi sandaran untuk mencegah aktiviti sumbang mahram yang semakin meningkat di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, biarpun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pendidikan namun ia berbalik kepada nilai agama setiap individu.

"Kerajaan sentiasa aktif bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menangani kes sumbang mahram.

Namun sebenarnya kita perlu mengukuhkan iman dan takwa iman bagi mengelakkan perkara itu berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Kesiapsiagaan Nasional di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peningkatan kes sumbang mahram tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mendedahkan sehingga Ogos sebanyak 57 kes direkodkan berbanding 21 kes sepanjang tahun lepas.

Menurutnya, sebanyak 35 kes sumbang mahram tahun ini direkodkan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) berbanding tujuh tahun lepas.

“Bagi kes seksual rogol bilangan kes yang dituduh di mahkamah setakat Ogos adalah sebanyak 269 kes manakala tahun lepas pula mencatatkan 481 kes,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang dipaparkan di laman web Parlimen.

Artikel Berkaitan: