'Kau tak bagi duit, aku ambil pisau bunuh kau'

Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini kerana didakwa mengugut ibunya.
Tertuduh diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini kerana didakwa mengugut ibunya.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mengugut ibunya pada 2 Julai lalu.

Tertuduh, Nurahad'din Md Dali, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohammad Nazrin Ali Rahim.

Berdasarkan pertuduhan tertuduh didakwa telah menakutkan secara jenayah dengan kata-kata ugutan "kalau kau tak bagi duit yang aku nak tu, aku ambil pisau aku bunuh kau" kepada ibunya.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Paya Tiang Dua pada jam 11.40 pagi pada 2 Julai lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atau penjara sehingga tujuh atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nora Yaacob mencadangkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai wang dan tidak bekerja.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh membayar wang jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh telah membayar jaminan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah turut menetapkan tarikh 27 November depan untuk sebutan semula kes.