X

Kindly register in order to view this article
!

Isu UM: Lebih baik bersemuka daripada buat kenyataan media - Maszlee

Dr Maszlee Malik -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya dilihat lebih baik bersemuka dengan Naib Canselor Universiti Malaya, Dr Abdul Rahim Hashim bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berikutan ucapannya disifatkan perkauman pada Kongres Maruah Melayu, Ahad lalu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, tindakan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa Abdul Rahim meletakkan jawatan berikutan ucapannya pada Kongres Maruah Melayu yang didakwa bersifat perkauman, dianggap pendapat peribadi mereka.

Menurutnya, cadangan mereka berjumpa Abdul Rahim disifatkan lebih baik daripada mengemukakan kenyataan media.

"Saya cadangkan (mereka) jumpa VC (Naib Canselor) sendiri daripada buat kenyataan media. Biar mereka suarakan rasa tak puas hati dgn VC (Naib Presiden) secara terbuka," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dr Maszlee berkata, pihaknya percaya Abdul Rahim cukup terbuka dan boleh mendengar sebarang pandangan daripada mahasiswa sendiri.

Ditanya sama ada kementeriannya akan mengambil tindakan terhadap Abdul Rahim, Dr Maszlee hanya menjawab kerajaan sekarang bukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Semalam, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa Naib Canselor Universiti Malaya, Dr Abdul Rahim Hashim meletakkan jawatan berikutan ucapannya pada Kongres Maruah Melayu yang didakwa bersifat perkauman.

Naib Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Yap Wen Qing berkata, gesaan itu dibuat terhadap Abdul Rahim kerana mengeluarkan hujah-hujah yang bersifat perkauman, pada masa tidak mampu untuk menyelesaikan krisis kewangan dan kebajikan mahasiswa di universiti terunggul di Malaysia itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!