X

Kindly register in order to view this article
!

24,600 pekerja diberhentikan sejak Januari: Kula Segaran

Kula Segaran -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September 2019, kata Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.

Beliau berkata, laporan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) turut mendapati daripada jumlah tersebut, sektor pembuatan mencatatkan kehilangan pekerjaan tertinggi iaitu seramai 7,945 orang.

Menurutnya, kerajaan telah mengambil langkah-langkah serius seperti memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai Januari 2018 sebagai satu bentuk perlindungan keselamatan sosial kepada golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan bagi membantu pekerja yang diberhentikan.

“Pihak majikan juga dikehendaki melaporkan kepada JTK sekiranya mahu melaksanakan pemberhentian pekerja.

“Kerajaan menetapkan melalui Akta Kerja 1955 bagi mengutamakan pekerja dalaman dan pekerja asing diberi pilihan akhir,” katanya pada sesi soal jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu langkah untuk mengurangkan pembuangan pekerja dan angka terkini mengikut pecahan industri.Sementara itu, bagi menjawab soalan tamba-han Ahmad mengenai langkah

kerajaan bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan, Kula Segaran berkata, rakyat Malaysia dipelawa menceburi bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, beliau mendedahkan analisis kementerian bersama Bank Dunia mengenai critical occupation list mendapati dalam tempoh empat hingga lima tahun, kira-kira 80 peratus pelajar jurusan akaun berkemungkinan tidak akan mempunyai pekerjaan.

“Penekanan baharu yang perlu diberi perhatian ialah kita mempelawa warganegara supaya memberi perhatian kepada kerja-kerja yang ada harapan untuk dapat kerja iaitu dalam bidang TVET,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!