Empat sekeluarga lemas ketika swafoto di sungai

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita yang baru mendirikan rumah tangga bersama tiga ahli keluarganya meninggal dunia akibat lemas ketika cuba merakam swafoto di sebuah sungai di selatan India.

Menurut jurucakap polis, ketika kejadian enam sekeluarga itu berpegangan tangan dan berdiri di dalam air paras pinggang sebelum salah seorang daripada mereka tergelincir dan menarik semua orang bersamanya.

Suami wanita itu bagaimanapun hanya berjaya menyelamatkan seorang ahli keluarga dan menyebabkan empat lagi termasuk isteri serta seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terkorban.

Pada Mei lalu tiga remaja maut ketika cuba merakam swafoto di sebuah landasan kereta api di Haryana.

India mencatatkan jumlah kematian akibat swafoto tertinggi di dunia dengan menyumbang kira-kira separuh daripada 259 kemalangan jiwa yang dilaporkan antara tahun 2011 hingga 2017 diikuti Rusia, Amerika Syarikat dan Pakistan. - Agensi

Artikel Berkaitan: