Yakin hasil kutipan SST lebih tinggi daripada GST

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke- 14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke- 14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin jumlah kutipan yang bakal diperolehi menerusi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lebih tinggi berbanding sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurutnya, tidak dinafikan pelaksanaan SST menyebabkan jumlah hasil kutipan ketika ini mengalami kekurangan sebanyak RM20 bilion berbanding kutipan penuh GST sebanyak RM42 bilion.

Bagaimanapun katanya, kerajaan ketika ini sedang menambah baik pelaksanaan terhadap sistem baharu itu.

"Kerajaan terdahulu mendapat khidmat nasihat dari mereka yang tidak bertauliah sebab itu mereka perkenal GST memang kita dapati kekurangan kutipan cukai (di bawah SST) tapi kekurangan itu bukan kerana SST itu silap.

“Memang apabila sesuatu cukai diperkenal pada mulanya kutipan cukai mengalami kekurangan, kerana perubahan yang perlu dibuat pegawai kerajaan dan mereka yang membayar cukai tapi saya yakin apabila ianya diurus dengan baik kita akan dapat pulangan cukai melalui SST melebihi kutipan GST,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang meminta kerajaan menjelaskan kaedah yang akan digunakan bagi memastikan kekurangan sebanyak RM20 bilion dengan perlaksanaan SST berbanding GST.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dalam perkembangan sama Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut menyindir Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang bangkit mencelah selepas beliau secara berseloroh menawarkan diri untuk menjadi penasihat kerajaan berhubung pelaksanaan cukai negara.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pentadbiran negara akan rosak jika kerajaan menerima nasihat yang dibuat bekas timbalan menteri kewangan itu.

"Terima kasih kerana tawar nak jadi penasihat, maka rosaklah kerajaan,” katanya.