Patung Greta Thunberg digantung bawah jambatan

Patung Greta Thunberg digantung di bawah sebuah jambatan di Rom, Itali.
Patung Greta Thunberg digantung di bawah sebuah jambatan di Rom, Itali.
A
A
A

ROM - Sebuah patung menyerupai aktivis remaja, Greta Thunberg yang digantung di bawah sebuah jambatan di Rom menyebabkan pihak berkuasa Itali membuka siasatan berhubung 'ancaman teruk' itu.

Imej yang dimuat naik ke laman sosial menunjukkan patung terbabit dengan rambut panjang dan tulisan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi 'Greta is your God' (Greta ialah tuhan kamu).

Ahli politik negara itu menyelar perbuatan terbabit sementara Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi menzahirkan solidariti terhadap keluarga Thunberg berhubung insiden memalukan itu menerusi Twitter.

Pemimpin Parti PD, Nicola Zingaretti turut mengutuk 'keganasan' itu dan berkata, parti tersebut tidak menghormati nilai yang dikongsi pihak bertanggungjawab terhadap aksi berkenaan.

Aktivis berusia 16 tahun dari Sweden itu menjadi bualan masyarakat global selepas melancarkan kempen 'Fridays For Future' tahun lalu, menyeru pelajar seluruh dunia untuk melakukan protes di luar bangunan Parlimen menuntut tindakan segera diambil bagi mengekang perubahan iklim dan pelbagai isu yang mengancam dunia.

Ikon muda itu turut disebut-sebut sebagai penerima Anugerah Nobel pada tahun ini. - AFP

Artikel Berkaitan: