Tun M perlu pertimbangkan cadangan singkir tiga parti

Dr Mahathir (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa selepas sidang media pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati kelmarin. FOTO: BERNAMA
Dr Mahathir (dua dari kanan) bersama (dari kiri) Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa selepas sidang media pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati kelmarin. FOTO: BERNAMA
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO Kelantan berharap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertimbangkan cadangan untuk menyingkirkan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Kabinet bagi mengembalikan maruah Melayu seperti ucapannya di Kongres Maruah Melayu kelmarin.

Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, Dr Mahathir patut risau dan peka dengan gerakan daripada tiga parti itu yang secara diam didakwa ingin menyekat agenda pembangunan Melayu dan seterusnya melenyapkan terus segala kelebihan diberikan kepada bangsa itu.

“Kami ingin memberi beberapa contoh DAP yang rasis dan PKR yang oportunis ini mencipta banyak insiden menyemarakkan api perkauman untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu.

“Isu rusuhan kuil, Ratifikasi ICERD, menandatangani Statut Rom, mengiktiraf golongan transgender, isu bendera terbalik, hina Yang di-Pertuan Agong, Peguam Negara yang berat sebelah dan penjualan aset syarikat strategik negara kepada kuasa asing semestinya meresahkan orang Melayu Islam negara ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Noor Hariri Mohamed Noor
Noor Hariri Mohamed Noor

Menurutnya, Dr Mahathir sepatutnya menggunakan kuasa prerogatif sebagai Perdana Menteri untuk memecat menteri Kabinet daripada tiga parti tersebut sekali gus membuktikan bahawa beliau serius terhadap nasib dan kepentingan maruah orang Melayu Islam di negara ini.

“Dr Mahathir juga perlulah memikir sedalam-dalamnya supaya tidak menyerahkan tampuk pimpinan perdana menteri kepada orang yang rekodnya lidah bercabang dan dijadikan kuda oleh DAP ini.

“Sekiranya Dr Mahathir buntu, jalan yang terbaik bubarlah Parlimen segera bagi memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu yang tentunya lebih menjaga kebajikan dan kehendak semua lapisan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seharusnya Dr Mahathir boleh menggantikan pemimpin yang tentunya dapat menjayakan Agenda Nasional Melayu Islam tanpa meminggirkan bangsa dan agama lain.

“Marilah bersama-sama dengan kami kerana jelas sekali penyatuan ummah dan Muafakat Nasional di antara UMNO dan Pas bersama-sama dengan MCA dan MIC ini jelas sebagai wadah terbaik untuk memimpin negara ke arah yang terbaik,” katanya.