X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan kaitkan kemalangan dengan perkauman

Majlis makan malam sempena Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kebangsaan.
A
A

SEPANG - Kejadian kemalangan yang melibatkan perbezaan agama tidak sepatutnya dianggap sebagai sentimen perkauman.

Exco Kerajaan Selangor, Ir.Izham Hashim berkata, tidak ada masyarakat yang mahu terlibat dalam kecelakaan jalan raya termasuk mengundang perkara yang tidak sihat.

"Kemalangan tidak memilih kaum manakah yang akan terlibat.

"Kita pun tahu tiada siapa yang ingin terbabit dengan kemalangan," jelasnya pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kebangsaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudaan Awam, Permodenan Petanian dan Industri Asas Tani, juga mengharapkan kempen yang lebih berkesan agar jumlah kemalangan dapat dikurangkan.

"Trend terkini menunjukkan jumlah kemalangan semakin meningkat, namun bersyukur kerana jumlah kematian menunjukkan penurunan.

"Usaha berterusan termasuk memberikan pendidikan kepada anak-anak di sekolah rendah lagi perlu diperhebatkan lagi," katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd Hamid Bador serta para perwakilan MKJR seluruh negara.

Mesyuarat kali ke 60 berlangsung dua hari di sebuah hotel di Sepang bermula semalam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus