Kes sumbang mahram dituduh di mahkamah meningkat

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bilangan kes sumbang mahram yang dituduh di mahkamah tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, sehingga Ogos, 57 kes direkodkan berbanding 21 kes sepanjang 2018.

Menurutnya, 35 kes sumbang mahram tahun ini direkodkan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) berbanding tujuh tahun lalu.

"Bagi kes seksual rogol, bilangan kes yang dituduh di mahkamah setakat Ogos adalah 269 manakala tahun lepas pula mencatatkan 481 kes,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang dipaparkan di laman web Parlimen.

Dalam pada itu, 183 kes cabul dituduh di mahkamah sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 384 sepanjang 2018.

Bagi gangguan seksual, 54 kes direkodkan sehingga Ogos lalu berbanding 90 kes sepanjang tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: