X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Ambil serius penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi

Teo Kok Seong
A
A

SHAH ALAM - Resolusi Kluster Pendidikan Kongres Maruah Melayu yang meminta kerajaan mengambil tindakan tegas bagi memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat perlu dipandang serius.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, beliau menyokong penuh usul tersebut bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

"Dengan kata lain bahasa Melayu ini dimartabatkan daripada sudut kualitinya digunakan dengan baik, betul dan sopan.

"Kita ada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyebut bahawa menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik mempunyai tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu.

"Pekeliling ini ditujukan kepada kumpulan atas nama anggota pentadbiran yang berhubung dengan kerajaan persekutuan dan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan. Anggota pentadbiran ini mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk terlibat dengan pekeliling ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas mengenai resolusi supaya tulisan rumi dan jawi digunakan bagi urusan rasmi kerajaan sebagaimana termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963.

Beliau berkata, akta tersebut menyebut skrip rasmi bahasa Melayu ialah rumi dan tulisan jawi tidak dilarang daripada digunakan.

"Berbalik kepada akta ini sudah tentu apa-apa yang ditulis dalam bahasa Melayu perlu dalam bentuk rumi sebab ia merupakan tulisan rasmi bahasa Melayu.

"Untuk ditulis dalam bentuk jawi sahaja ia mungkin tidak kena kerana tulisan rasmi adalah rumi. Kalau sekali dengan tulisan rumi tidak menyalahi akta tersebut," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!