Menteri India berbohong isu krisis di Kashmir

Javadekar (gambar kecil) cuba menafikan sekatan dan pelanggaran hak yang sedang berlaku di Kashmir. - Foto Agensi
Javadekar (gambar kecil) cuba menafikan sekatan dan pelanggaran hak yang sedang berlaku di Kashmir. - Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Situasi di Jammu dan Kashmir (J&K) yang ditadbir India adalah normal dan penduduk di sana ‘gembira’ selepas pembatalan status khas wilayah itu dibuat pada 5 Ogos lalu.

Kenyataan yang jelas berbohong dan cuba menyembunyikan tentang keadaan sebenar di Srinagar itu dibuat Menteri Maklumat dan Penyiaran, Prakash Javadekar selepas krisis di wilayah bergolak itu didedahkan media antarabangsa dan mencetuskan kebimbangan masyarakat dunia.

“Keputusan memansuhkan Artikel 370 disambut baik oleh semua penduduk di wilayah terbabit. Mereka juga menyokong tindakan kerajaan kerana ia akan memberi manfaat besar kepada penduduk,” katanya.

Javadekar juga menyatakan petugas media bebas untuk melawat wilayah terbabit untuk melihat sendiri situasi sebenar, sekali gus menafikan laporan antarabangsa tentang pelanggaran hak asasi di Kashmir.

“Seksyen 144 yang melarang sebarang bentuk perhimpunan hanya dikenakan di kawasan terdapat lapan balai polis. Ini adalah dua bulan pertama tanpa insiden tembakan dan kematian melibatkan orang awam,” jelasnya.

Beliau juga cuba menafikan sekatan media di Kashmir dan mendakwa kesemua akhbar di kawasan lembah itu diterbitkan seperti biasa tanpa berdepan sebarang halangan.

Javadekar memberitahu kebebasan media hanya pernah disekat sekali ketika perintah darurat pada 1975-77.

“Tiada sekatan media di Kashmir,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Khamis lalu kumpulan wartawan di Kashmir mengadakan protes senyap sebagai bantahan terhadap cubaan kerajaan mahu menutup mulut golongan itu dengan menyekat akses kepada maklumat dan talian komunikasi serta perkhidmatan internet.Menurut kumpulan terbabit mereka tidak pernah berdepan sekatan seumpama itu sebelum ini. - Agensi