Penyokong MU mahu Ole Gunnar 'blah'

Antara reaksi netizen yang mahukan Solskjaer berhenti mengendalikan pasukan Manchester United yang tular di Twitter hari ini.
Antara reaksi netizen yang mahukan Solskjaer berhenti mengendalikan pasukan Manchester United yang tular di Twitter hari ini.
A
A
A

PERSAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) yang masuk minggu kelapan semalam berjaya menyaksikan beberapa pasukan gergasi EPL itu tumbang di tangan pasukan yang berada di pertengahan liga.

Antara pasukan gergasi yang tersungkur pada perlawanan semalam, Manchester United (MU) yang tewas di tangan Newcastle pada perlawanan berlangsung di Stadium St James’ Park menyebabkan kelab itu turun satu anak tangga di kedudukan ke-12.

Dengan kekalahan yang dipamerkan pasukan kendalian bekas bintang kelab tersebut, Ole Gunnar Solskjaer, timbul perasaan tidak senang hati terhadap formasi serta cara beliau mengendalikan skuad tersebut.

Susulan itu, muncul trending #OleOut dalam kalangan penyokong Kelab MU di Twitter hari ini yang kini mencecah sehingga 35,000 perkongsian mendesak supaya pengurus berasal dari Norway itu meninggalkan kelab tersebut.

Mungkin gara-gara kekalahan dalam perlawanan berlangsung semalam membuatkan ramai penyokong MU mengubah fikiran mereka sebelum ini yang mahu memberi peluang kepada pengurus tersebut mengendalikan kelab kesayangan mereka.

Antara reaksi netizen yang mahukan Solskjaer berhenti mengendalikan pasukan Manchester United.
Antara reaksi netizen yang mahukan Solskjaer berhenti mengendalikan pasukan Manchester United.

Trending juga di Twitter yang mahukan bekas pengurus pasukan kelab tersebut, Jose Mourihno mengendalikan semula MU.

"Saya masih ingat beberapa bulan lalu, boleh katakan semua penyokong Manchester United menggelar Ole Gunnar sebagai legenda mereka tetapi sekarang mereka semua mahukan #OleOut," kata Larry Mutava.

Artikel Berkaitan:

Manakala Kay pula menulis: "#OleOut Manchester United akan kembali beraksi."