Kerajaan belanja hampir RM21 juta bagi 30 lawatan PM keluar negara

Liew Vui Keong - Foto Bernama
Liew Vui Keong - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan hampir RM21 juta bagi membiayai lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke luar negara sejak Jun 2018 hingga bulan lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, keseluruhan perbelanjaan itu melibatkan 30 lawatan dan ini merangkumi perbelanjaan bagi pegawai kerajaan yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri ke luar negara seperti yang diluluskan Jemaah Menteri.

“Perbelanjaan terperinci bagi keseluruhan lawatan rasmi ke luar negara yang dibuat oleh Perdana Menteri bagi tempoh mulai Jun 2018 sehingga September 2019 adalah berjumlah RM20,964,289.24,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).

Jawapan bertulis itu dipaparkan di laman web rasmi Parlimen. - Bernama

Artikel Berkaitan: